Mau tau!! tata cara Sholat Gerhana biasa di sebut Sholat sunnah Kusuf






Tata cara solat sunat khusuf (Gerhana):
  1. Membaca niat shalat :
Niat untuk shalat gerhana Bulan


أُصَلِّيْ سُنَّةَ لِخُسُوْفِ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
 
(Ushallii Sunnatal Khusuufil-Qomari Rak’ataini Lillahi Ta’alaa)

Artinya : Saya niat (melaksanakan) shalat sunnah Gerhana Bulan dua rakaat karena Allah ta’ala  


Niat untuk gerhana Matahari

أُصَلِّيْ سُنَّةَ لِكُسُوْفِ الشَّمسِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
 
(Ushallii Sunnatal Kusuufis-Syamsi Rak’ataini Lillahi Ta’alaa)

 Artinya : Aku niat (melaksanakan) shalat sunnah Gerhana Matahari dua rakaat karena Allah ta’ala  


Rakaat pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 kali
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau lain surah.
8. Ruku’ dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 kali.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat kedua.
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau lain surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau lain surah.
5. Ruku’ dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.


Solat sunat khusuf ini mempunyai dua kali ruku’ dan dua kali qiyam dalam setiap rakaat. Apabila tidak mampu untuk membaca surat panjang seperti An Nisa, al Baqarah, Al Maidah dan lain-lain, cukuplah membaca surat pendek atau surat yang dihapal dan biasa dibaca saat melaksanakan shalat sehari-hari.


Apabila shalat dilakukan secara berjamaah, sunat untuk melakukan khutbah. Khutbahnya sama seperti Khutbah Sunat Istisqa’ (minta hujan) yaitu membaca:

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

9 kali pada awal khutbah pertama dan 7 kali pada awal khutbah yang kedua.
Khutbah perlu menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan terlena dengan dunia dan sebagainya. Jika yang berjemaah itu semuanya perempuan, maka tidak perlu berkhutbah.


Bacaan ketika solat gerhana matahari maka imam membaca bacaan shalat secara perlahan sebagaimana ketika shalat dzuhur berjamaah seperti biasa, sedangkan untuk gerhana bulan secara kuat/lantang sebagaimana saat shalat Maghrib

Kita pun dianjurkan agar memperbanyakkan menyebut istighfar memohon keampunan kepada Allah

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات

Komentar